Pandangan am Orientalisme (karya)

Said meringkaskan kerjanya sebagai:

Pegangan saya ialah pada asasnya Orientalisme merupakan doktrin politik yang dikenakan terhadap dunia Timur kerana Timur lebih lemah daripada Barat, yang mengelisikan (menggugurkan) kelainan Timur daripada kelemahannya. ... Sebagai alat kebudayaan Orientalisme hanya agresi, aktiviti, penghakiman, "will to truth" [kemahuan mencari kebenaran, yakni, keinginan yang tampaknya mencari kebenaran yang objektif dan mutlak], dan pengetahuan. (Orientalism halaman 204).

Satu idea utama Orientalism ialah pengetahuan Barat berkaitan Timur bukan dijana daripada fakta atau kenyataan, tetapi daripada arketip pratanggap yang menggambarkan kesemua masyarakat "Timur" pada asasnya sama dan pada asasnya berbeza daripada masyarakat "Barat". Perbicaraan sedemikian meletakkan asas bahawa "Timur" bertentangan dengan "Barat." Pengetahuan Timur sebegini dibina dengan teks kesusasteraan dan catatan sejarah yang sering kali tidak memahami kenyataan kehidupan di Timur Tengah.[2]

Berpandukan idea-idea Michel Foucault, Said menitikberatkan hubungan antara kuasa dengan pengetahuan dalam pemikiran ilmiah dan popular, khususnya berkaitan pandangan Eropah terhadap dunia Arab Islam. Said berhujah bahawa Orient dan Occident bertindak sebagai perkataan-perkataan yang berlawanan; yang Orient dibina sebagai penterbalikan (inversi) negatif bagi kebudayaan Barat. Karya Antonio Gramsci, seorang pemikir, juga memainkan peranan penting dalam pembetukan penganalisisan Said berkaitan bidang ini. Khususnya, boleh dilihat bahawa Said dipengaruhi pendapat Gramsci tentang hegemoni dalam proses memahami gagasan dan gambaran Orientalis yang terdapat merata-rata dalam kesarjanaan dan laporan Barat, dan hubungan mereka dengan kegunaan kuasa terhadap "Timur".[3]

Rujukan

WikiPedia: Orientalisme (karya) http://fusion.dalmatech.com/~admin24/files/edward_... http://www.nytimes.com/2006/11/01/books/01grim.htm... http://www.thenation.com/article/islam-through-wes... http://nbn-resolving.de/urn:nbn:de:0159-2012050313 http://www.lehigh.edu/~amsp/2004/09/introduction-t... http://etext.lib.virginia.edu/cgi-local/DHI/dhi.cg... http://depts.washington.edu/uwch/silkroad/texts/hh... http://ambassadors.net/archives/issue14/selected_s... http://www.donmilligan.net http://web.archive.org/20070518005215/citizentrack...